Rabu, 17 Ogos 2011

baby vs cat



hahahaa.....very cute and funny...
tapi....tak boleh biarkan tau nanti boleh datangkan kecederan pd baby kte
seriau jugk tgk kucing nie cakar baby 2 td...naseb baik baby 2 bgus x menagis.
lurveeee ittt...:)

Selasa, 16 Ogos 2011

HAPPY BESDAY SHAYAM!!!!

saya sayang dia...
saya rindu dia....
saya xnak kehilangan dia...
dia adalah segala2nya bagi sy
happy besday sayang....
lurve u so..so muchhh....

tapi sapa dia 2????

hahahhahh....mesti suspen an nak tahu.....ini tiada kene mengena dgn bf ke pakwe ke balaks ke...nie for my nephew la AIMAM ZAHIN. semalam besday die...wish u happy boys...n be a good son in future..achik sayang kamoo sangat2....nanti hadiah claim kt rumah yer...

p/s: ini gambar khas yg sy edit for him.

happy besday dear...:)

Sabtu, 6 Ogos 2011

BILA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN

XTAU LA NAK PERCAYA KE IDOK THIS INFO COZ SEKARANG NIE KAN SUSAH NAK CARI LELAKI YG BETUL2 SETIA.....NOBODYS PERFECT KANGG....TAPI BETUL KE KALAU LELAKI NIE SERIUS DALAM PERCINTAAN DIE AKN WAT BND2 NIE....BNDE PE???? CHECK THIS OUTT........


1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan…
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
12. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu…
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.




Jumaat, 5 Ogos 2011

MY DONGHAE!!!!!

okeysss,,,,,sekarang nie cerita pasal muvee korea,lagu korea n trens korea sedang hangat diperkatakan kn....ak pon xterkecuali.....bukan setakat minat tapi fanatik giler ahh ngan lagu2 n cite2 korea nie....kalau skali tengok video korea mmg x berkelip la mate kn....hihihih....okey nk diringkaskan cite kat cnie....i really2 fanatik with super junior....lagu2 die mmg best n ahli group die mmg nsem2 n kelakar...kalau diesuruh sebut lah name sorang2 ahli kumpulan die mmg ak tau la....contohnye leetuk,kangin,siwon,yesung,eehyuk,kibum,rheowok,shidong,sungmin,khuyun, and my and only DONGHAE.... sekarang nie bukan nak cite pasal super junior (nnt cite kt next entry yerr)..huhuhu...tp nak cite pasal donghae...korg tau x sape die nie????? die nie salah sorg ahli kmpulan super junior...mmg sgt2 cute  lah...kalau follow group super junior nie mesti suke pny kt donghea nie...die nie sgt hormati org tua da pnyayang lerrr....aissshhhhh,,,jatuh hati dah ak....korg  knl x die nie????kalau xknl mai tgk gambar kt bwh nie yerrr...huhuhu
my cutest donghae

smart3


jless ngan kulit org korea nie...cantikk


saranghea

okey...taht the picture...now u see the video...donghae nie pandai wat magic tau...
p/s: sorry coz suare x dgr...:p

Sabtu, 30 Julai 2011

20 PEKARA YANG BUAT WANITA BENCI LELAKI



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA CUCI MATA
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...
13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga

PENAT TAPI BEST!!!

hari nie hari kedua modul....biasa lah kan kehidupan sebagai pelajar.semalam just dgr ceramah jerp dlm dewan, 2 pon sekejap jerp.kul 8 start pkul 10 lebih da hbis. letural bg lps awal...best kan...pe lagi balik blik terbongkang la tidur sampai petang......tapi hari nie hari kedua modul penat ckit la coz kena daki bukit blakang u nie...advanture gak la...tp yg xtahan 2 banyak pacat lerrr....haishhh nasib baik seekor jerp gigit kt kaki...2 pon perasan bila sampai blik....ko da knyang makan darah ak ko blah g2 jerp yerrr...hahhahaha (tetibe marah kt pacat pulk)....kalau darah x hingat la dok mngalir jerp...kalau derma kat org yg memerlukan pon ok gak nie membazir pd pacat per cerrr???....xpe ahh halalkn lah kt pacat 2...

pelik ahh pacat nie...sebelum makan darah org kecik jep kurus keding tp lps mkn darah org ganu kabo gemok debbok....hahahha....org kata pacat nie hanya hisap darah kotor...so ad jugak la kbaikan pacat nie...tp yg xsukanye kesan yg die gigit 2 tingga parut la...hanishhh ak goreng sambal kang baru tau...tapi yang pasti walaupon penat daki bukit hari nie Tp tetap best...dapat bekumpul semua kengkawan...n disinilah kita dpt tgk nilai kerjasama antara sepasukan kan....anyway hari nie semua bagi kerjasama yg baik....i likeeee... :)


p/s :alamak!!!hujan la pulokkk.....tidor pon sodap nie....hihihih...bubye...see in the next entry :)

Jumaat, 29 Julai 2011

RAMADHAN DATANG LAGI!!!!

Alhamdulilah.....sebagai seorg muslim ak bersyukur sangat sebab dapat merasai kmbali nikmat berpuasa....umur masih panjang....amin...hmmmm...cakap pasal puasa pkara kdua yg akan difikirkan ialah raye ahh pe lg....wah3...puasa pon xstart lagi dah cbuk wat preparation raye ek....ad yg da siap da pon bju raya...hahahha
kalau kuih raya jgn ckp la...mmg merata la boleh jumpa sekarang nie....yang untung sekarang nie penjaja2 makanan la....biasa la time2 puasa nie nafsu makan sangat la naik...kalau boleh semua bnde nk bedal....bayangkan lah belum pon stgah hari puase da fikir nak makan pe berbuka nanti (ak lah 2....hahha)...
kalau boleh semua jnis kuih nk mkn...ak nie kalau berpuase teringin nk mkn kuih2 jep....nnt da berbuka bukannye abis sume mknan 2...membazir jep...hihihihi....

okess la lagi 2 hari nk puase kn...so nk ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kpd semua lah ek dan selamat berterawih...huhuhu....hope puasa tahun nie lebih berkat dari puasa sebelumnya....:)
jom p terawih!!!

Maddi Jane - Price Tag (Jessie J)



yeay....da pandai nak masuk video lagu....so tunggukan video2 yg seterusnya...hahhahah
ape lagi video korea lah....i love korea <3

Rabu, 27 Julai 2011

MY FAVOURITE SONG!!!!

okesss...setelah sekian lama dok cube hafal lgu nie akhirnye skrg da ingt la bait2 lagu nie...cewahhh!!!!...hahahah...this song actually dinyanyikan oleh org lain ko rg knl kan jassie j...yesss...nie lagu price tag lerrr.....tp i suka versie yg dinyanyikan oleh maddie jane,seorg budak permpuan yg berumur only 12 years old...mmg berbakat sungguh budak nie...suare die mmg superrbb la...disebabkan i xtau lg mcm mne nk msukkn video so i ltk lirik la dulu yer,,,huhuhu....ok enjoy it okesss...:)

Maddie Jane – Price Tag Lyrics
Seems like everybody’s got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the tale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
Put your shades on your eyes
And your heels so high
That you can’t even have a good time.
[Pre-chorus]
Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight…
[Chorus]
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
We need to take it back in time,
When music made us all UNITE!
And it wasn’t low blows and video,
Am I the only one gettin’… tired?
Why is everybody so obsessed?
Money can’t buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we’ll be feelin
All right.
[Pre-chorus]
Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight…
[Chorus]
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain’t about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that
Can you feel that (o-oh wo-o-woh)
Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that (yeah)
Well pay them with love tonight…
[Chorus]
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (ha) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain’t about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
Forget about the Price Tag
Forget about the Price Tag

Sabtu, 19 Mac 2011

SAHABAT@KAWAN@SAEN@ROGHDONG@MEMBE???

hmmm...ape yang dimaksudkan dengan kawan@sahabat@membe@rodong@saen or whatever la ek???orang cakap kawan memang senang nak cari tapi sahabat sejati susah nak cari....n it true t now i cant find my truely friend even die ak da knl dri kecik lagi...memang la orang cakap kitaorang nie sahabat baik tapi tuk jadi sahabat yang sejati tu memang susah....


orang ckap kawan masa senang ,senang nak cari tapi kawan masa susah susah nak cari betul ke?????
salah la..........for me kawan yang masa die senang la die tinggalkan kita tp bila susah cari pulak kita....betul tak...kalau time die senang pandang sebelah mata pon tak nak tapi bila time susah baru la ingat kita nie sahabat die...kite nie ibarat pakar physologi tempat die nak mengadu masalah jek tp bila die senang lenag xnak ingat pon kat kita....boleh digelar sahat ke macam nie.entah la........

kawan perempuan dengan ragamnye sendiri tp dengan kawan lelaki pon ad ragamnya sendiri...betul ke orang cakap lelaki ngan perempuan nie tak boleh nak bersahabat baik???(wah banyaknya soalan hari nie yg xtahu siapa akn jwb) org ckap lelaki n perempuan xblh berkawan rapat sebagai sahabat sebab mungkin sedikit sebanyak xkira la lelaki or perempuan or kedua-duanya mengkin akan ada perasaan pd salah sorang pasangannya tu....hmmm ad logik jugak kot sbb bila orang lain take care pasal kita nak2 yang lain jantina dari kita feeling 2 lain kan...rasa secure sgt kan...mmg kita xblh nak nafikan perasaan 2...bila kita ignored kan die n dia mula jauh kita akan rasa lain..rasa kehilangan kan....rasa something hilang dlm life kita...so i think its true perempuan n llki xblh berkwn rapat sangat....nanti mula la bibit2 cinta kan..tol kan.....huhuhu
wah macam ad pengalaman jek!!!!!


okey la getting tired....penat sangat la mlm nie wlaupon xdop pape pn yang wat  kn....huhuhu
ok nak mengundur diri dlu....bubye!!!!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

MY SWEET HEART

my nephew.....i love him so much walaupon after a year bru dpt jmpe die tp tetap happy....first jmpe die time die kecik lg 2 pon sebab arwah abah meninggl sebab 2 la die blik kalau x xdenye.....akak ak kerja nurse n abg ipar kerja polis,,,,so mmg sesangat la susah nk cuti...
but after a year they back...happy walaupon dpt jmpe skjap jek....
luve u baby.....

p/s:nie gambar2 yang diambil semasa berjumpa dgn die.
sweet smile

da nk blik da ke???

me n farish

so cut boys

pinjam lesung pipit

Jumaat, 21 Januari 2011

sesuai ke x???


aduyai....sekarang nie macam2 fesyen tdung kan digayakan...cantik2 sume...urmmm!!!!!jles tol ak
ak nak pakai tp segan la plak.....xpernah2 ak pkai slendang g2...hahahha
agak2nye muke ak yang bulat nie ssuai x???
nak try tapi segan larh....takut kene kutuk plak~~

nie nak kongsi satu cerita pasal si pemakai2 selendang nie...
ok biase la si pemakai selendang nie datang kls dgn new look
wow!!!mmg cantik la kan tapi...........kene tang budak lelaki abis kene kutuk dow~~
nak tau x diorg cakap pe???
~~si pemakai selendang 2 pakai als meja..hahahha(tp mmg ad gaya als meja pn :)
~~n satu lg diorg ckp selendang yang sipemakai 2 pakai x iron...so diorg ckp nnt kalau nk pakai lg iron2 la dlu.....hahahahah
p/s:helloooo guys mmg fesyen slendang 2 la kdut2...korg pe tau????

mmg sian gler la sipemakai nie kene ejek!!!

so ak nie xtau la nk pakai ke x...mungkin kalau pakai pon bukan ke kls...
but what i care what they wanna say kan.....
ok ak ltk la gambar ak n slendang 2....huhuhuh
exclusive nie tau!!!!!
editting pic


time dinner


sangatlah skema okess

test drive...:)

bla la la




Selasa, 18 Januari 2011

tah pape tah!!!!

ceh!!!! movee yg ak nak tgk slme nie akhrnye dpt gak tgk tp................
alahai fafau tol la.......time promo iklan movee nie mcm best jek tp rupe2nye hampeh!!!!
contohnye mcm cerite cuti2 cinta,aku masih dara or ngangkung!!!
~~x bezz pon sbnrnye...hahahha
promo jek gempak!!!!

Jumaat, 14 Januari 2011

KISAH CINTA BIASA


Tiga tahun dalam masa perkenallan dan 2 thun dalam masa pernikahan saya harus akui bahawa saya mulai berasa letih...lelah,alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.saya seorang wanita yg sentimental dan betul2 sensitif serta berperasaan halus.saya merindui saat2 romantis seperti seorg anak2 kecilo yang mengharapkan belaian dari ayah dan ibunya,
Tetapi semua itu tidak pernah sya peroleh. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harap2kan.rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya mencipt;a suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yg ideal. Suatu hari saya beranikan diri untuk mnyatakan keputusan sya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.
“mengapa?” dia bertanya dengan nada terkejut.
“siti letih,abang tidak pernah memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam didepan komputernya,nampk seolah2 sedang mengrjakan sesuatu padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaanya, apalagi yang saya boleh harapkan daripadanya?? Dan dia bertanya “apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran siti? Saya merenung matanya dalam2 dan menjawab dengan perlahan.
“siti ada satu soalan kalau abang temui jawapannya didalam hati siti,siti akan mengubah fikiran siti. Seandainya siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjatgunung2 itu abang akan mati.apakah yang abang lakukan untk siti??
Dia termenung dan akhirnya berkata”abang akan memberi jawapanya esok” hati saya terus gundah mengetahui responnya itu.

JAWAPAN
Keesoakan pagi dia tidak ad dirumah dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera...
Syangku,abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu,tatapi izinkanlah abang untuk menjelaskan alasannya.”kalimah pertamaya itu menghancurkan hati saya namun saya terus ingin membacanya. “siti boleh mengetik di komputer dan selau mengusik program didalmnay dan akhirnya menangis didepan monitor. Abang harus memberikan jari2 abang agar boleh membantu siti memperbaiki program tersebut”
“siti selalu lupa membawa kunci ruamah ketika siti keluar,dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu dan membuka pintu untuk siti ketika pulang.
Siti suak berjln2 si shopping complex tertapi selalu tersasar dan ada kalanya sesat ditempat2 baru yang siti kunjungi,abang harus mencari siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain untuk membawamu pulang.
Siti selalu sengal2 badan sewaktu”teman baik” siti datang setiap bualan dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki siti yang sengal itu.
Siti lebih suka dudk dirumah dan abang sentiasa risau siti akn menjadi pelik, dan abang harus membelikan sesuatu agar dapat menghiburkan hati siti dirumah dan meminjam lidah abang untuk bercerita hal2 klakar yang abang alami.
Siti selalu menatap komputer ,membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata siti,abang harus menjaga mata abang agar katika tua nanti abang dapat membatu mengguntingakan dan kuku dan memandiakn siti.
Tangan abang akan memegang tangan siti,membimbing menesuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.’
Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana abang tidak mahu melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang.
Sayangku, abang tahu ada ramai ornag yang boleh mencintaimu lebih dari abang mencintai siti”
BUKTI SAYANG
Untuk itu sayang jika semua yang telah diberiakn oleh tangan,kaki,mata abang tidak cukup bagi siti, abang tidaka akn menahan diri siti mencari tangan kaki dan mata yang lain agar dapat membahagiakan siti.
“air mata saya jatuh keatas tulisannya dan memuatkan tulisannya menjadi kabur tetapi saya tatap berusaha untuk membacanya lagi.
Dan sekarang siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika siti puas hati dengan semua jawapan ini dan tetap inginkan abag tinggl dirumah ini tolong bukakan pintu rumah kita, abang sekarang berdiri diluar sana menunggu jawapan siti”
Tetapi jika tidak berpuas hati syangku...biarkanlah abang masuk untuk mengemas barang2 abang dana bang tidaka kan menyulitkan hidupmu. Percayalah bahagia abang bila siti bahagia.”
Sya terpegun.segear mata memandang pintu yang tertutup rapat.lalu saya segera berlari untuk membukakan pintu dan melihatnya berdiri didepan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada yang pernah mencintai sya lebih dari dia mencintai sya. Itulah cinta, disaat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Cari Blog Ini